Tuesday, October 13, 2015

Bonus Suri Rumah Cecah 4 angka Sebulan!


 
 
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Bulan lepas lagi sekali JJS berjaya lahirkan seorang leaders (Supervisor) yang hebat! Tiada yang lebih menggembirakan bila tengok bonus anak didik kepuk kepuk walau berpangkat suri rumah. 

Jom kita dengar kisah beliau :)

Wednesday, October 7, 2015

Pemenang Segmen "Bestie Forever" by JJS


 
 



HADIAH PEMENANG x 1
Berupa barangan bernilai RM100

HADIAH SAGUHATI x 2
Berupa barangan bernilai RM50

Wednesday, September 30, 2015

'Bestie Forever' Segmen By Jejak Jutawan Senyap


 
 


Hi semua. Selamat petang. Okay, entry kali ni bukan seperti entry2 biasa yang JJS tulis sebelum ni. Entri kali ni nak ajak korang join segmen JJS buat kali pertamanya JJS buat seumur hidup. Haha. Tujuan buat segmen adalah nak eratkan hubungan dengan Bloggers sekalian. Bukan nak tingkatkan bilangan follower, sebab JJS tak anggap follower sebagai follower but sebagai kawan, so JJS prefer kenal kawan2 JJS, jadi sebab tu kena buat entry pasal diri korang. Aneng akan go through semua penyertaan dan pilih berdasarkan entry yang paling best.


SYARAT - SYARAT PENYERTAAN

  • Terbuka kepada semua Malaysian Bloggers, lelaki dan perempuan
  • Buat entry bertajuk "Bestie Forever" Segmen By Jejak Jutawan Senyap
  • Dalam entry ni kawan2 kena taruh gambar cun meletop bersama bestie masing masing & ceritakan pengalaman yang paling korang tak boleh nak lupa
  • Follow blog JJS
  • Follow page Jejak Jutawan Senyap
  • Kalau dah join nanti komen kat bawah ya
  • 2 Pemenang Utama dan 3 saguhati akan dipilih berdasarkan entry segmen yang paling kreatif dan memikat hati JJS serta gambar yang apling cun!
  • Segmen bermula dari  7 September 2015 , tamat 11.59 malam 30 September 2015 

HADIAH PEMENANG
Berupa barangan bernilai RM100

HADIAH SAGUHATI
Berupa barangan bernilai RM50


GOODLUCK GUYS !

Wednesday, September 23, 2015

Akan hilangkah Hero Hatiku?


 
 
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi sorang lagi anak kepada Puan Naimah naik pelamin. Anak sulong laki yang paling banyak berjasa lepas ketiadaan arwah papa. Ingat lagi masa tu Aneng masih belajar di tingkatan 5. Pantang Aneng jatuh sakit dia minta kebenaran dari guru / warden asrama untuk bawa Aneng ke klinik segera. Memandangkan tika tu Aneng ada penyakit kritikal mungkin abang sedikit risau. Sayangnya dia kat adik dia yang degil ni :)

Aneng akui. Dalam 5 beradik Aneng paling rapat dengan abang. Apa yang Aneng nak dia pasti usaha untuk penuhi permintaan Aneng. Sungguh banyak jasamu wahai Abang. Harini dikau naik pelamin. Akan ada keluarga sendiri. Adakah kita punya waktu yang sama tika masing masing di zaman remaja?