Sunday, March 15, 2015

Tips 4 | Gagal Langsing? Ketahui Puncanya


 
 


Terdapat beberapa program diet yang tidak berhasil iaitu:


1. Diet Sup Kobis

Kaedah Yang Digunakan:

Ia diet ekstrim kerana boleh menurunkan berat badan secara drastik dengan hanya mengambil sup kobis selama tujuh hari. Dengan menikmati semangkuk sup  kobis dengan pilihan makanan rendah kalori ia membantu mengurangkan berat badan sebanyak 4.5kg.

Mengapa Tidak Berhasil:

Diet ini tidak disarankan kerana ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral. Ia juga merosakkan keindahan rambut,kuku dan kulit.Selain itu, badan tidak akan mendapat apa-apa kalori, perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat dan menganggu sistem pencernaan.



2. Diet Makanan Bayi

Kaedah yang Digunakan:

Teori diet ini menggantikan makanan yang biasa diambil kepada ukuran makanan bayi atau makanan bayi. Contohnya, makanan yang dikisar, bubur dan snek bayi. Melalui pengambilan makanan bayi, ia membantu untuk mengelak makan terlalu banyak sehinggakan anda merasa kenyang, makan dalam jumlah yang kecil.


Mengapa Tidak Berhasil:

Makanan bayi mungkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi makanan bayi tidak mampu memenuhi keperluan serat, protein, karbohidrat dan kalsium pada orang dewasa.  Walaupun cara ini tidak berbahaya pada masa akan datang tetapi kesannya boleh mengakibatkan gangguan otot tulang.


3. Diet Air

Kaedah Yang Digunakan:

Sepanjang hari, anda perlu minum air sebanyak 64 auns untuk memberikan tenaga pada badan. Malah, kita memerlukan 12 kalori pada setiap liter air. Jadi, seseorang yang melakukan diet air akan membakar kalori secara semulajadi. 

Mengapa Tidak Berhasil:

Secara teoriti, diet ini tidak masuk akal. Tidak dinafikan dengan minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan gaya hidup yang sihat. Namun, tidak semua dapat mengikuti diet ini terutamanya pesakit jantung, ginjal dan hati kerana ia mempunyai gangguan penyimpanan cairan dan ketidakseimbangan elektrolit. 


4. Diet Coklat Susu

Kaedah Yang Digunakan:

Diet ini dilakukan dengan cara minum tiga gelas susu coklat sepanjang hari dengan pola pemakanan yang  sihat. Gabungan kalsium,vitamin D, protein, karbohidrat
dan senaman membantu seseorang tanpa perlu melakukan diet lain. Selain itu, kombinasi protein dan karbohidrat akan membantu metabolisme badan membakar
lemak.

Mengapa Tidak Berhasil: 

Tidak ada bukti menunjukkan bahawa vitamin D atau kalsium akan menyebabkan penurunan berat badan. Protein dan karbohidrat yang terdapat dalam makanan pula digunakan untuk membantu badan selepas 30 minit bersenam. 


5. Diet Rendah Karbohidrat 

Kaedah Yang Digunakan: 

  • Tujuan diet ini adalah memaksa badan menggunakan lemak sendiri sebagai sumber tenaga utama. Badan juga tidak banyak mengambil karbohidrat sebaliknya  diganti dengan makanan yang kaya protein. 

Mengapa Tidak Berhasil:

  • Beberapa orang beranggapan satu keping daging lebih baik daripada satu keping roti. Sebenarnya, pengambilan karbohidrat mestilah sesuai dengan keperluan. Bagi wanita hamil, remaja dan pesakit diabetes, berhati-hati dengan diet ini. 
  • Penurunan karbohidrat akan merendahkan kadar insulin.  Tetapi, ia juga boleh mengakibatkan nafas berbau, kelelahan dan rasa mual. The American Dietetic Association menyarankan mengambil 55-60% kalori dari karbohidrat.

6. Diet Paleo 

Kaedah Yang Digunakan:

  • Program ini berdasarkan diet kuno yang mengambil makanan seperti sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan dan daging. Anggapan mereka bahawa masyarakat pra sejarah tidak mengalami penyakit ‘moden’ kerana kurang kalori dalam makanan. 

Mengapa Tidak Berhasil: 

  • Secara umumnya, badan menghadkan pengambilan makanan sehingga kekurangan susu, bijian dan kacangkacangan yang merupakan sumber nutrisi penting untuk  kesihatan badan.

7. Diet Haleluya

Kaedah Yang Digunakan: 

  • Mengambil 85% semua sayuran mentah dan 15% daripada makanan yang dimasak. Sayuran yang dimasak dalam bentuk kukus atau rebus. Ada juga yang memasukkan sayuran ke dalam masakan. 

Mengapa Tidak Berhasil: 

  • Cara ini tidak sesuai bagi anda yang bukan penggemar diet vegetarian.Kebanyakan pesakit hendaklah dipantau oleh pegawai kesihatan kerana ia boleh menjadi anemia. Mengambil sayuran mentah bukan sahaja memberi kesan kepada sistem pencernaan dan tidak ada juga bukti menunjukkan sayuran mentah sangat efektif daripada sayur yang dimasak. 

8. Diet 17 Hari

Kaedah Yang Digunakan:

  • Diet ini adalah untuk mengubah pola makan setiap 17 hari sebelum badan dapat menerima kebiasaan makanan yang diambil dalam menjaga metabolisme. Dimulakan dengan makanan rendah kalori. Kemudian, berubah kepada 1500 kalori per hari dan tahap ketiga makan sesuka hati pada hujung minggu.

Mengapa Tidak Berhasil:

  • Usah keliru dengan idea dengan tidak makan pada hari biasa, sebaliknya makan apa sahaja pada hujung minggu.
  • Malah, tidak ada bukti  diet ini mempercepatkan metabolisme badan. Jangan manjakan diri pada hujung minggu dan tidak salah anda mengambil sedikit makanan yang disukai setiap hari asalkan dalam hidangan yang kecil. 
Sumber : Editorial Rapi



Buat Apa Susah Susah DIET?

Dalam Shaklee, Hanya consume SET Shape Up & slimming tak perlu nak berdiet. Makan seperti biasa. Lagi best jika amal Sup Ikan Omega untuk lebih cepat penurunan berat badan malah lebih slim. Elok juga untuk ibu menyusu / ibu dalam pantang.

Nak tahu lebih info pasal Set Shape Up boleh klik SINI


Nota kaki : ** Jika salah ramuan Sup Ikan Omega, makan berbulan pun badan tak kan turun. Jadi, nak resipi sebenar? Klik SINI

No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)