Tuesday, March 31, 2015

TIPS 5 | Bibir Merah Semulajadi


 
 

Ramai wanita terlalu taksub tentang penjagaan wajah sehingga terlupa betapa pentingnya penjagaan bibir. Sebenarnya bibir juga merupakan aset yang paling berharga di muka seseorang kerana bibir yang sihat akan sentiasa lembab dan tidak kering. Bahkan bibir yang merah juga mampu menjadi daya penarik seseorang dan memberikan satu penampilan yang meyakinkan.



JJS akan kongsi dengan anda sedikit petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang sentiasa merah.Namun, untuk mendapatkan bibir yang sentiasa merah dan kekal lembab,anda perlulah rajin mengamalkan petua-petua tradisional ini dan jadikannya sebagai rutin harian anda.
Petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang merah:
1. Madu
Cara mudah untuk berbuat demikian adalah dengan 2 ramuan pengelupasan Do-It-Yourself . Campurkan 1/4 sudu Forever Bee Honey dan 1 sudu besar gula. Hanya gunakan jari anda dan gosok campuran tersebut ke bibir anda dan gosok kulit yang kering. Basuh campuran dengan air atau tuala kecil dan anda akan mendapati kulit lembut dan licin dan mendapat bibir lembut. Ini boleh dilakukan sehingga 2 kali seminggu.
2. Air Mawar
Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan kapas yang dibasahi air mawar untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya.


3. Limau Nipis

Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur dua sudu makan air masak suam dan jus limau dengan duasudu makan madu, kemudian sapukan pada bibir,biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bilas bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah.

4. Kunyit

Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan satu sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama linma minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal.



5. Halia

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.





6. Daun ketumbar
Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan dua lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, dan bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.



7. Minyak Almond (Badam)
Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Caranya mudah,anda hanya perlu sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun.





8. Mentega
Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan.




9. Yogurt
Campuran madu, yogurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah.



10.   Sireh
Ambil tiga helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu pada bibir anda pada sebelum tidur.





11.   Ubat Gigi
Sapukan ubat gigi ke bibir anda selama 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.




Tips Bibir Sentiasa Merah Dan Kekal Lembab
  • 1)  Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • 2)  Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Jangan biarkan lipstik berada di bibir terlalu lama.
  • 3)  Lipstik jangan sampai dibawa tidur, sebolehnya dibersihkan dengan baik. Ini penting untuk mensterilkan bibir dari bahan kimia lipstik.
  • 4)  Anda kena rajin menggunakan pelembab bibir agar bibir anda tidak kering dan merekah. Selalunya bibir akan cepat kering bila anda kekurangan minum air dan berada ditempat yang berpenghawa dingin, jadi pastikan anda sentiasa bawa pelembab bibir sewaktu anda keluar dari rumah.
  • 5)  Jangan biasakan untuk menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering. Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.
  • 6)  Jadikan lipbalm sebagai teman baik anda. Bawalah selalu keman-mana anda pergi.
  • 7)  Jangan gelupas atau tarik kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah. Seeloknya gunakan kain yang bersih atau tisu basah untuk mengelap bibir yang mengelupas itu.
  • 8)  Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Bagi penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun umurnya kerana ia akan merosakkan bibir anda.
  • 9)  Elakkan daripada selalu memakan makanan yang pedas, panas dan bergetah seperti duku.
  • 10)  Minum air lapan gelas sehari boleh mencegah dehidrasi yag menyebabkan bibir kering dan merekah.
  • 11) Jangan merokok dan minum alkohol (haram bagi Muslim) kerana rokok dan alkohol mempunyai bahan kimia yang boleh hitamkan bibir.

Kesimpulan
Untuk mendapatkan bibir yang merah dan lembab tidaklah susah mana pun, anda cuma perlu amalkan petua bibir sentiasa merah dan kekal lembab ini dengan rajin dan rajinkanlah diri anda untuk buat setiap hari untuk mendapatkan bibir yang anda impikan. Hasil yang anda dapat bukanlah dengan sekelip mata tapi ia akan mengambil masa, jadi anda harus bersabar melakukannya.
Like & Share =)






No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)