Wednesday, June 24, 2015

Tips Kurangkan Selulit



Selalu orang sebut selulit di badan hodoh, kulit macam limau tua dan lain-lain. Tapi tahu ke makna sebenar selulit? Dan pernah tak anda periksa di badan anda ada selulit ke tidak? Kaum wanita terutamanya sibuk nak hilangkan kedut muka, tapi bagaimana dengan selulit di badan kita? Untuk pengetahuan anda semua, dianggarkan hampir 90% wanita mempunyai masalah selulit. Tidak kira badan gemuk atau kurus, semua tidak dapat lari dari masalah selulit.





Selebriti pun ada masalah selulit tau. Jangan ingat orang berbadan kurus tiada masalah selulit! Eh tak tahu apa itu selulit? Selulit ni gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Jadi sel-sel lemak ini akan menarik tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda jadi menggerutu. Selulit biasanya terjadi pada bahagian depan tubuh ( payudara, ketiak, perut dan lengan ), pungung, perut dan pinggang.



Faktor Selulit :  

1. Kurang aktif dan merokok 

Tabiat merokok akan menyebabkan kalenjar hormon rosak. Jadi mereka yang mengalami kerosakan sistem hormon ini memiliki hormon estrogen tinggi dan tiroid rendah akan lebih cenderung menghadapi selulit. 

2. Diet tidak teratur 

Diet sebegini biasanya kekurangan kandungan serat dan apabila tiada senaman dilakukan, apa yang dimakan membentuk lemak. Seterusnya akan menyebabkan mengumpulan lemak dan membentuk selulit. 

3.  Pakaian yang ketat 

Pakaian yang terlalu ketat akan melambatkan pengaliran darah dan menyebabkan selulit walaupun bagi mereka yang kurus.  

4. Faktor fizikal 

Masalah ini terjadi bila ada perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit. Apabila perubahan ini berlaku, maka berlakulah masalah selulit.  

5. Duduk terlalu lama 

Ini boleh menjadi pencetus selulit ditambah bila anda duduk dalam keadaan yang salah. Contohnya apabila anda duduk didalam keadaan membongkok dan kurang bergerak hingga sendi tulang menjadi kaku seperti duduk di depan komputer terlalu lama.  

6. Pengambilan kafein 

Jangan tak tahu, minuman yang mengandungi kafein merupakan salah satu sebab kenapa adalah selulit di badan. Bukan tidak boleh minum langsung, tapi berpada-padalah.



Bagaimana Untuk Kurangkan Selulit? 

1. Berjalan Aktiviti paling mudah untuk semua orang.

 Aktiviti kardiovaskular ini bukan saja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot di bahagian kaki dan belakang. Seseorang yang berjalan laju dapat membakar kalori lebih dari 360kalori sejam. 

2. Membengkok lutut 

Latihan ini melibatkan otot belakang dan peha. Jadi pastikan otot perut anda terlibat sekali dalam latihan membengkok lutut ini untuk membantu menambah kesan dalam memerangi selulit.




3. Squat thrusts
Latihan ini pula akan melibatkan otot perut, belakang, peha depan dan belakang.



4. Angkat kaki semasa meniarap 
Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini lutut dan otot belakang peha anda bekerja keras. Turunkan kaki perlahan-lahan dan ulang langkah tersebut dan cuba buat pula pada kaki kanan anda. 



 5. Rawatan Cavitation Treatment ( CCT )
Rawatan yang boleh didapati di Skin Culture ini menggunakan kaedah ultrasound dan berfungsi memecahkan selulit dengan lebih berkesan tanpa menyakitkan badan dan selulitkan boleh dikurangkan dalam masa yang pantas.


Anda juga boleh cuba posisi senaman seperti ini untuk menghilangkan selulit di bahagian peha, punggung dan kaki.



Makanan Untuk Mengurangkan Selulit :



1. Ikanikan yang berlemak dan makanan yang mengandungi minyak ikan terdiri daripada pelbagai asid amino yang bekerja untuk memperkukuh dan menguatkan sel-sel kulit. Sel-sel kulit yang lebih diperkaya akan membawa tona yang lebih baik & tekstur lebih bagus untuk kulit anda. 

2. Kekacang: Tisu perantara di dalam badan yang lemah adalah sebab UTAMA mengapa lekuk selulit mula muncul. Kekacang boleh memperbaiki tisu badan.Selulit tidak lagi akan muncul dan kulit menggerutu tidak lagi ada pada badan.Tambahan pula kacang adalah salah satu daripada makanan harian yang baik untuk memberi rangsangan yang amat besar kepada tisu penghubung anda. 

3. Minum air putih dengan banyak. Sekali sekala minumlah minuman yang diperah dengan jus lemon. 

4. Tambahkan makanan seperti sayur dan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi kerana ia penting untuk membentuk tisu badan yang baik.







Daptkan SET KURUS ADVENCE DI SINI & klik member login
* Wasap saya untuk pembelian
Comments
1 Comments

1 comment:

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)