Thursday, July 30, 2015

Resipi Mee Kari Penang Simple & Sedap


 
 
Minggu ni pasti ramai yang bercuti panjang, maklumlah banyak perayaan. Bila cuti hujung minggu bersambung pula dengan cuti am, anak-anak pastilah pulang ke rumah. Pasti riuh rumah dengan gelak tawa anak-anak. Macam-macam cerita, pengalaman yang ingin di kongsikan dengan keluarga.. dan banyak juga nasihat yang emak dan ayah berikan untuk bekalan bila mereka pulang nanti.


Alhamdulillah. Hari ni berkesampatan nak tulis satu entry untuk pengunjung JJS bernama @Adiba Rusli.



PENANG CURRY MEE 
Resipi Oleh : Kakak den

Untuk memudahkan dan melancarkan kita menyediakan Penang Curry Mee ni, kita sediakan dahulu stock ayam. Stock ayam ini akan kita gunakan untuk menyediakan kuah curry mee kita nanti.
Rebuskan juga kerang , air rebusan kerang jangan di buang. Masukkan sekali airnya dalam kuah kita nanti.


STOCK AYAM

2 keping dada ayam
2 kiub ayam
garam secukup rasa

Rebus dada ayam bersama air, kiub ayam dan garam hingga ayam empuk
Bila ayam dah empuk, keluarkan dan di siat-siat halus. Ketepikan
Air rebusan ( stock ayam ) simpan untuk menyediakan kuah curry mee nanti.

Sementara kita menunggu stock ayam siap kita boleh sediakan sambal atau chili oil yang akan di makan bersama curry mee nanti



CHILI OIL / SAMBAL

15 tangkai lada kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 tangkai cili merah ~ kisar halus
2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
1 inc belacan ~ di kisar halus 
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa


Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah masak, angkat dan ketepikan

Sekarang kita sediakan pula bahan-bahan untuk kuah mee


KUAH MEE

2 liter Stock Ayam / air rebusan ayam
air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang
3 sudu besar rempah kari daging Babas
2 batang serai ~ di titik (Aneng tak letak serai)
1 ketul gula batu atau gula Melaka
minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
2 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar

1 sudu besar ketumbar
3 batang serai ~ ambil bahagian yang putih sahaja, hiris dan kisar (Aneng tak letak)
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar


Bahan Lain


10 ketul tauhu pong (potong dadu & goreng kunyit terlebih dahulu)
2 keping fish cake

10 biji fish ball
kerang ~ di rebus
taugeh
Kacang panjang celur
mee kuning
mee hoon



Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak
Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
Masak hingga garing
Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang,  dan biarkan ia merenih
Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan
Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong
Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna 



Memang sedap Penang Curry Mee ni.. Tak payah pergi Penang untuk pekena semangkuk curry mee. Anda boleh sediakan sendiri di rumah. Enak di makan bersama seisi keluarga, terjamin dari segi kebersihan dan yang penting hasil air tangan yang memasak dari hati yang tulus ikhlas untuk mereka yang tersayang... di jamin bersih, halal dan toyibah itu yang paling di utamakan..

Apa tunggu lagi.. jom lah pekena semangkuk...




Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Ya Allah, sedapnya.
    in shaa Allah nnt kita try.
    terharu kita.
    heeeee.

    May Allah always bless you n family.
    mohon akak cium pipi baby adam yg chumels tu ...heeee:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki. Suka sangat lah si Adam ni kalau awek cium dia :)

      Delete

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)