Wednesday, September 23, 2015

Akan hilangkah Hero Hatiku?


 
 
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi sorang lagi anak kepada Puan Naimah naik pelamin. Anak sulong laki yang paling banyak berjasa lepas ketiadaan arwah papa. Ingat lagi masa tu Aneng masih belajar di tingkatan 5. Pantang Aneng jatuh sakit dia minta kebenaran dari guru / warden asrama untuk bawa Aneng ke klinik segera. Memandangkan tika tu Aneng ada penyakit kritikal mungkin abang sedikit risau. Sayangnya dia kat adik dia yang degil ni :)

Aneng akui. Dalam 5 beradik Aneng paling rapat dengan abang. Apa yang Aneng nak dia pasti usaha untuk penuhi permintaan Aneng. Sungguh banyak jasamu wahai Abang. Harini dikau naik pelamin. Akan ada keluarga sendiri. Adakah kita punya waktu yang sama tika masing masing di zaman remaja?

AKAD NIKAH



Majlis akad nikah diadakan di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor. Termaktublah sudah jodoh mu sebagai suami kepada Hana Ahmad. Masa lafaz diucap sungguh Aneng rasa sedih & sebak. Apa yang dipikirkan mungkin lepas ni masing masing dok pakat fokus keluarga & pasangan masing masing. Moga Allah pelihara mu wahai abang.



Baby Adam pon ajak selfie. Bila anak dah dapat kaki kita nak pegang pon dia takmo. Aktif sungguh anak Mama ni. Tak larat mama nak kejar :')


Rombongan pihak lelaki

Kak long & adik bongsu

Bersama suami tercinta & baby Adam


Mak Jemah bawa sireh junjung ke majlis akad. Hehe~
Bersama adik perempuan



PERSANDINGAN


Kompang dipalu......Pengantin malu......
Tersimpul malu..... Hati mahu.............      


Sebelum majlis setat kita selfi selfi dulu sementara berkumpul reramai......

Kepada abang & hana,
Selamat pengantin baru. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga Jannah.
Dan ingatlha... Kebahagiaan rumah tangga adalah dari hormat menghormati.
Semoga kalian bahagia :')


Mama Aneng yang tudung kuning tu :)

Persandingan atau majlis perkahwinan ni adalah acara kemuncak di mana kedua dua pengantin akan digelar "RAJA SEHARI". Majlis bersanding dimulai dengan paluan kompang dan laungan selawat dan salam daripada rombongan pengantin lelaki yang diarak meriah ke rumah pengantin perempuan. Rombongan nie pulak akan dibalas dengan percikan air mawar dan taburan beras kunyit. Dan tak lupa juga "DUIT TOL" yang harus di bayar...peringkat duit tol ini adalah ketika sampai untuk duduk di depan pencak silat, ketika hendak masuk rumah dan di atas pelamin oleh mak andam. Bukan apa... sekadar adat untuk memeriahkan majlis... Bubuh singgit jee... bukan diorang tahu...haaa3x



Last day dapat peluk abang. Lepas ni dah tak boleh. Nanti bini jeles. kikiki~

Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu oleh pakcik (Pak Ngah)

Pak Ngah & Mak Ngah yang jauh dari Kuantan.
Terima kasih kerana meriahkan suasana majlis :)

Mak, Saudara & adik beradik pihak lelaki.

Dear Brother Bear,
we were raised together as siblings. Grew up with love & happiness, tears and quarrel sometimes, but we were always care for each other. Even now we do have our own family but we still stick to this big-family bonding. Today, we're celebrating the joining of a new member to this big family and hopefully this relationship will last forever.


Salam sayang
Coordinator Aneng Hitchies | 0111 673 1847

No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)