Tuesday, August 18, 2015

Pengalaman Keguguran 6 Minggu


 
 
Bulan 8 adalah bulan paling sedih bagi aku & suami. Walaupun tak dirancang tapi sebagai 'Ibu' pasti ada sedikit perasaan  sedih di sudut hati bila tengok janin yang sudah punya mata & pembentukan tangan di atlas pad. Ya Allah, aku mengandung!



2 minggu sebelum kejadian,
Aku kerap sakit kepala. Barangkali migraine sebab mandi hujan. Lepas telan Ostematrix, aku lelapkan mata. Tapi terasa lain macam peningnya. Suami bawa aku ke klinik. Seperti biasa doctor akan check blood pressure & bagi buat migraine.

3 hari selepas itu, 
Aku rasa tak selesa pada perut. Senak yang amat seperti aku pernah kena dulu kerana angin dalam badan. Makan tu, mints suami buatkan air rebusan halia & pegaga. Terasa elok sedikit pening loya. Kemudian, minta  suami tekan & urut perut. Sepertinya ingin 'sendawa' tapi melekat di kerongkong. Singgah tak selesa.

Esoknya,
Aku sakit dada. Kebetulan masa sebelum tu sakit gigi. Jadi, aku buat keputusan untuk buang gigi bongsu yang baru nak tumbuh. Aku set date dengan doctor. Bila doctor tanya, are you pregnant? Laju ja aku geleng kepala. Ok, done! Gigi u dah siap!

Esoknya lagi,
Aku sakit perut. Terasa bergulung gulung. Ku pikir senggugut memandangkan malam tu aku 'uzur' seperti biasa. Esoknya aku berutin harian seperti biasa. Perut masih terasa senggugut. Bila suami balik kerja kami tengok Syurga Nur. Kemudian, aku rasa tak selesa. Seperti baru terlepas air besar tak sengaja. Aku malas bagi tau suami takot kena bebel. Terus naik tingkat atas untuk mandi.

Bila aku buang, nak pastikan betul ke aku u'uk. Tapi benda lain yang aku nampak. 'Abangggggggg....'
Suami terkejar kejar naik ke atas. Tangan aku makin ketar. Muka pucat berubah. Suami aku tanya, 'Ayang. Ayang preggy ke? . Jaw ab aku, Ayang tak tau. Toksah cakap ketarnya aku. Tambah lagi bila darah keluar melimpah atas lantai.

Suami panic! Tak tahu nak Tanya sapa. Aku terus arahkan suami cari pad. Tiba tiba sedebuk darah ketul jatuh di lantai sebesar tapak tangan suami. Tangan aku kecik. Tangan suami besar sikit. Perut bertambah sakit bahagian rahim. Pergi hospital, doctor scan, kantung dah tinggal sikit. Tak perlu nak cuci. Nanti akan turun sendiri. Betapa sakit nya perut nak tunggu keluar habis. Hanya Allah yang tahu.

Sayang, maaf kan mama. Kalau mama tahu mama preggy, tentu Adam dah dapat adik. Apa kan daya, semua Allah yang berikan. Mama anggap belum rezeki mama. Semoga semuanya selamat.


Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Aneng, ada typo error.
    Check 1st row 1st paraghraph

    Hahaha..peace yo!

    ReplyDelete
  2. kahkahkah....... guna tab memang banyak typo.. semalam dah cuba edit tapi leceh

    ReplyDelete

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)