Sunday, July 26, 2015

This is Terengganu


 
 


 Hola guys... hoh entry raya tak sempat nak tulis jadi nie kira entry untuk raya la ye.. makanya aneng nak selit-selitkan ucapan selamat hari raya mohon maaf zahir batin HEHE

Disebabkan tahun ni beraya bertiga, maka aneng kena lah balik beraya 2 negeri tahun ni. Melaka & Terengganu. Gara gara nenek sebelah suami & nenek sebelah Aneng nak tengok cucu mereka. Memandangkan sebelah Aneng nih cucu pertama, jadi kena lah balik beraya ke Terengganu lama sikit! HAHA. *Suami pon redha je. Ngeh~ Ngeh~ Ngeh~




Sambungan dari Raya Pertama.......

Raya kedua kami terus bertolak dari Nyalas ke Temerloh ikut laluan KL. Asalnya suami nak ikut Muadzam tapi Aneng yang dok merayu jangan ikut sana sebab jalan sunyi. Takot apa apa jadi. Tambah lagi ada baby Adam.


Sampai di Temerloh (rumah abang ipar), kami sempat jamu selera Mee Kari. Memang mengancam! Mungkin sebab Aneng tak pernah makan kot sebelum ni. Huahuahaha~ Tapi serius. memang sedap. Sampai 2 mangkuk Aneng angkut =)





Lebih kurang jam 4ptg kami bertolak dari Temerloh menuju ke Terengganu. Perjalanan hampir 5 jam. Alhamdulillah baby Adam tak banyak peel. Tidur aje dari Melaka - Temerloh & Temerloh ke Terengganu. Bagus anak Mama. Baikkkk je nak balik kampung!


Esoknya pagi pagi lagi lepas sarapan nasi dagang air tangan Mama, abang ipar dok planning nak 'beraya' ke mana. Di pantai / Lata Tembakah / Lata Belatan / Kolam Air Panas. Lepas bincang seisi keluarga, maka kami sepakat nak ke pantai! Siap bawa rendang & ketupat palas! HAHA. Maklumlah di KL mana ada pantai. Jalan 'Pantai' tu ado lah..... Pantai Dalam!


Kemain happy lagi depa ni menyelam & main pasir. Baby Adam pon ralit dok gali pasir. Mama panggil pon dah tak hirau. Isk..... isk..... isk.......


* Nampak tak pulau kat depan tu? Kalau nak tau tu Pulau Perhentian tau! Dekat je dari rumah Aneng ;) 






* Ni pantai Bukit Keluang ya! Bukan Pantai Batu Burok. Pantai Batu Burok tak best nak  mandi manda =)

Walaupun kami pulang HANYA sehari, tapi suasana kampung halaman sendiri memang tak boleh nak nyah dari ingatan. Bukan setakat ada pantai, makanan laut best best, malah awek awek semua comey lote. kalau tak... tak kan laki aneng boleh jatuh cinta dengan aneng seminggu kenal terus ajak kawen. Kan? HAHA *Ni gedik namanya ;)

Esoknya pagi pagi lagi dah bertolak balik. Disebabkan anak saudara asyik dok cakap 'nak tengok ocean', kami balik Temerloh ikut laluan pantai.

Besut --> Penarik --> Marang --> Dungun --> Kuantan --> Temerloh

Walaupuan perjalanannya jauh sikit, janji kepuasan tu ado. Bukan selalu dapat balik kampung kumpul ramai ramai. Ye dok?

Memandangkan perjalanan agak jauh, kami singgah makan di Rhu Sepuluh. Kalau korang datang Terengganu, dan mengidam nak makan makanan laut celup tepung atau keropok lekor / losong mai di Rhu Sepuluh. Jauh lebih murah dari Pantai Batu Burok ;)







*Best kan makan tei pantai? Cuba teka berapa total kami makan tu?
HANYA RM44.50 je tau! Murah Gilesssss 

Sebelum terus balik ke Temerloh, aneng minta abang ipar singgah di Kedai Mokcik Gemuk 69 (kedai terletak di persisir pantai Pulau Kerengga). Memang dari dulu aneng dah jatuh hati kat keropok Lekor Mokcik Gemuk ;)

Buah tangan untuk keluarga mertua =)


Ni sotong kering di tabur gula. Memang sedap!

Setiap kali balik Terengganu, suami pasti mintak cuti lebih 2 hari. Tapi kali ni hanya sehari je sebab masing masing tak dapat cuti panjang. HAHA. Dah dapat apa yang kami dapat, dah rasa apa yang kami rasa, kami pon balik Temerloh untuk amek kereta kami yang park di rumah abang ipar.
* Ni sebab GST & harga minyak naik kami kongsi tong tong ! Hew~ Hew~ Hew~

Banyak lai makanan & tempat menarik di Terengganu. Kalau nak jelajah Terengganu saya nasihatkan amek cuti sebulan. HAHA

satar
1 cucuk (3biji) RM1

Rojak kateh. Rojak ni diperbuat dari urat keting lembu. Rasa masam masam manis.
Hanya RM2 sebungkus. Tapi..... Hanya ada di pasar pPayang sahaja! Kalau pergi pukul 10pg memang melepassss lah nak rasa. So, pergi awal awal ya ;)

Otak otak ikan. 2 keping RM1

Itu sahaja pekenalan Aneng untuk raya kedua di Terengganu ;) Jom balik KL kita beraya di KL pulok!



Comments
6 Comments

6 comments:

  1. menarikkan Terengganu :)
    Saya bangga jadi anak Terengganu (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. @kejupenyet org terengganu jugak rupanya :)

      Delete
  2. wahh sedapnya mee kari tu.lama tak makan mee kari.n satar tu,murahnyaaaaa.lain kali nak travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa.. Travel jangan tak travel @adiba rusli

      Delete
  3. alahai..ena rindu nk balik terengganu..waaaaa

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)