Friday, July 10, 2015

Terapi Hati & Jiwa | Day 1


 
 

Sebenarnya kisah ni dah lama. Tapi Aneng baru berkesempatan nak share memandangkan baby Adam dah pandai tak kacau Mama dah nak berjiwang kat blog =)

Alhamdulillah. Pada 19 - 22 Mei 2015 Aneng dapat satu surat jemputan dari Wakil Negeri Melaka untuk menghadiri satu majlis Terapi Diri. Macam mana dapat jemputan ni pon Aneng tak tahu. Tiba tiba dapat surat layang dai ofismate.


Asalnya memang Aneng tak nak pergi. Macam macam alasan Aneng buat sebab hati memang dah takde mood kerja gara gara KES gaji kena sekat hampir 2 tahun. Apa yang terlintas di pikiran pada masa tu memang nak quit dari Perkhidmatan Awam jawatan sebagai jurutera Awam.

Atas desakan bos, yang ku anggap kakak Aneng pergi juga. Meninggalkan baby Adam & suami. Walupun hanya 4 hari tapi Allah saja yang tahu bila kita lakukan perkara yang palingggg kita suka bertukar jadi perkara yang palingggg igauan.

Pada hari pertama Aneng ke sana, Aneng memang dilayan seperti puteri. Bilik ber-econ, ada tv, ada peti, bilik luas & seakan hotel




Pasal penginapan memang puas hati. * Tak tau lah kan kalau nak amek ati ke apa. HAHA

Jam 2.30 petang, urusetia minta semua peserta hadirkan diri dalam program pertama 'Terapi Diri 1'. Bila tengok slot ni pada kertas tentatif tiba tiba mengalir air mata. Terasa diri dibuang ke pusat pemulihan. Adakah aku dianiaya atau aku yang salah?

Sepanjang slot tersebut, hati peserta semua panas panas. Ada yang menyatakan tak puas hati, ada yang inginkan hak mereka. HAK? Bagaimana hak aku? Yang hampir 2 tahun gaji disekat. Kerja ibarat Pak Pandir, ke hulu ke hilir tanpa bayaran sesen dalam tengah sarat mengandung!

Kami dipecah kepada 3 kumpulan. 1 kumpulan 7 oang. Dan kini ibalah giliran aku, orang ke-7 yang akan menyuarakan HAK aku.

'Saya sebenarnya nak bercakap, nak mengadu pon saya tak tau dah macam mana nak keluarkan. Sebab benda nih saya dah telan 2 tahun. Saya nak kata dendam pon tak. Nak kata redha pon tak. Sebab bila ungkit hal ni saya sedih. Saya nampak perasaan & usaha seorang suami yang naik turun HQ minta keadilan & tegakkan HAK'. Tangan dah mula sapu air hingus.

'Sebenarnya apa dah jadi puan? Saya cuma nak tahu punca & sebab'.

Dalam hati aku cakap 'Alahai, sabo lah! Tak boleh nak drama sikit!'.

Kemudian sambung lagi.......
'Hampir 2 tahun saya kerja tanpa gaji. Saya nak beranak pon still tak dapat gaji. Saya pon tak tau apa salah saya sehingga gaji disekat. Bila saya check gaji memang tak dapat dah. Tiba-tiba. Tanpa memo. Tanpa surat! Bila saya call admin, admin cakap saya tak hadir sebulan & kemukakan MC tipu.'

Masih ingat lagi, masa sedang alahan teruk, memang sebulan tak dapat pergi kerja. Tapi segala Mc & surat doktor langsung takde yang cilok. Selama 3 bulan berurut turut suami naik turun HQ bertanyakan status MC. Bila pihak hospital bagi maklumbalas MC sah, berderau darah suami. Apakan daya gaji dah kena sekat. 

7 orang yang mendengar kisah Aneng, semua melopong. Mereka sibukceritakan hak. Apa HAK yang sebenar?

Urusetia cuba berbincang secara personal antara aku & KSU.

Apa yang Aneng harap sangat masa tu, Aneng harap Aneng buka mulut hari ni pada pihak yang benar. Yang boleh tolong Aneng. Allahuakbar!

Pasti akan ada jalan




Salam sayang,
Coordinator Aneng Hitchies | 0111 673 1847

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. YA ALLAH... mcm tu pun ade ye... ish, mcm-macam laa dorang ni. tak boleh ke fikir kebajikan kita atau meletakkan diri mereka di tempat kita... Semoga Allah permudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. =]

      Tunggu entry seterusnya.. Kompem SS lagi bengang. HAHA

      Delete

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)