Tuesday, April 7, 2015

Hidup Luar Biasa 1 | Mentor Kita


 
 
Saya doakan agar anda semua terus menerus dirahmati Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, saya baru selesai berkongsi ilmu dengan lebih 350 anak didik saya di dalam program tertutup Intensif Rahsia Kuasa Minda Jutawan yang berakhir Ahad lepas dan ia adalah kelas pertama saya sejak Februari 2015 di mana saya telah mengurangkan seminar-seminar saya anjuran Richworks.




Hampir 20 hari di Bali bulan lepas amat memberikan satu peluang kepada saya untuk refleksi diri serta menambah ilmu dengan belajar ilmu-ilmu baru dari orang lain. Dan sesuatu yang saya dapat di Bali apabila bercakap dengan Coach saya adalah mengenai betapa saya menekan diri saya beberapa tahun ini untuk menurunkan berat badan saya dengan melakukan perkara yang saya tidak suka atau enjoy.
Saya berkongsi tentang betapa saya tertekan mahu mengurangkan lebih 50kg berat badan saya dalam masa 1-3 bulan selama ini dan betapa saya sebenarnya tidak suka untuk angkat besi di gym dan kemudian ia menyakitkan lutut saya dan membuatkan ia rasa seperti mahu terkoyak.
Kebetulan Coach saya telah berjaya menurunkan berat badannya sejak beberapa tahun ini sebanyak lebih 30kg dari 95kg menjadi 65kg dan dia menasihatkan saya untuk memilih senaman yang saya suka dan enjoy tetapi masih mendatangkan hasil secara jangka panjang.
Saya ditanya soalan ini oleh Coach saya. dia bertanya, “Jika seseorang yang tidak pernah berniaga dan selama ini 48 tahun bekerja dan datang berjumpa saya untuk bertanya bagaimana untuk dia mencapai tahap kewangan 1 Juta Ringgit dalam masa sebulan dengan perniagaan baru yang belum pun dimulakan, apakah respond saya?”
Saya jawab, Insya-Allah boleh, tetapi adakah dia sanggup kerja keras siang malam untuk memulakan perniagaan tersebut dan pada masa yang sama belajar serta ia mungkin akan mengganggu kesihatan dia serta membuatkan dia tidak bahagia?
Saya jawab, untuk mencapai 1 Juta Ringgit itu tidak susah tetapi perlukan sedikit proses dan ia sangat bergantung kepada ilmu, kuasa tindakan dan komitmen seseorang disertai dengan doa. Ia boleh dicapai dalam masa 12 bulan – 36 bulan Insya-Allah, tetapi susah jika hanya dalam tempoh sebulan tanpa mempunyai apa-apa perniagaan lagi.
Coach saya tersenyum mendengar jawapan saya dan dia berkata, samalah dengan keadaan saya apabila saya mahu turunkan berat badan saya lebih 50kg dalam masa 1-3 bulan. Ia tidak mustahil tetapi ia memerlukan komitmen yang sangat hebat serta ia mungkin memberi kesan kepada tahap kesihatan saya dan tekanan yang teruk kepada diri saya.
Sejak balik dari Bali, saya menukar exercise saya setiap pagi kepada samada bermain tenis ataupun berenang. Dan seminggu, saya melakukan exercise ini selang-seli 4 kali seminggu. Saya sangat enjoy dengan setiap sesi ini dan ia membuatkan saya tidak sabar untuk melakukannya setiap pagi.
Saya juga semakin relax dari segi berapa banyak kilogram saya turun setiap hari. Dulu, saya stres untuk timbang setiap pagi tetapi sekarang tidak lagi. Saya akan timbang bila saya mahu timbang tetapi pada masa yang sama, saya memilih makanan yang sihat untuk diri saya.
Point saya di sini adalah untuk melakukan sesuatu atau di dalam mencapai apa sahaja impian kita, kita perlu:-
1. Memahami diri kita serta apa yang kita suka atau tidak.
2. Mendapatkan mentor atau guru yang telah mencapai impian yang kita mahukan dengan cara yang kita selesa atau suka.
3. Komited dengan cara yang kita pilih.
4. Bukan semua nasihat semua orang kita perlu terima, kita boleh pilih yang sesuai dengan diri kita.
5. Jangan bandingkan kejayaan atau kegagalan diri kita dengan tahap orang lain. Semua orang ada cabarannya dan caranya tersendiri. Kita boleh belajar dari mereka tetapi akhirnya ia bergantung kepada kita.
 Semoga anda semua dapat sesuatu dari perkongsian saya Insya-Allah.

Sumber : DAO 1



No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)