Friday, March 6, 2015

Ujian Itu Hadiah Dari Allah


 
  


7 Mac 2015
3am.............

Tujuan saya dalam hidup adalah untuk berpegang pada diri sendiri walau apa pun yang berlaku. Bukan kerana aku ingin mendongak ke langit. Dan bukan juga untuk aku berjalan seorang diri. 

Adakala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. 



Malam malam begini bermacam yang mai datang bermain dalam otak kita. Lebih lebih lagi kalau layan lagu jiwang dari sinar.fm bersama Dj Leen kan? HEHE.

Bila tengok Sijil Penganugerahan Supervisor & Senior Supervisor yang cantik di frame kan di dinding terasa diri masih di awangan. Benarkah aku sudah berjaya? Atau masih dalam mencari kejayaan?

Ya Allah,
Aku bersyukur sangat dipertemu dengan SHAKLEE. Satu bisnes yang sangat mudah & sangat membantu aku dalam masalah kewangan.

Bila teringat masalah kewangan, laju air mata aku gugur. Terasa nak tatap wajah suami puas puas. Terima kasih Allah. Engkau pinjamkan seseorang yang sangat baik kepada ku. Walaupun kami kadang kadang bertengkar tapi aku yakin dengan jodohMu Ya Allah. 

Tahun lepas, February..........
Bulan kedua join SHAKLEE.

Aku mengalami alahan yang sangat teruk. Sehinggakan langsung tak boleh nak angkat kepala. Jika sehari ada 24jam, maka 24jam lah akh terbaring di atas tilam empuk. Jika sebulan ada 30hari, maka 30hari lah aku tak mampu untuk bangun pergi kerja.

Setiap hari suami bawa ke klinik. Sampai merayu dengan doktor untuk masuk kan air kat dalam tubuh. Bila aku dapat MC, dia juga turut minta MC. Alasan nak jaga aku di rumah. HEHE

Bila imbau balik pengorbanan suami sepanjang aku mengandung, memang baik. Saya bagi 5 bintang! Nak makan dia masak. Tengah tengah nalam nak nasi ayam dia cari. Nak masuk toilet dia tolong pimpin & sinsing kaki seluar. Bila aku mirning sickness dia sentiasa ada di sisi. **Sebak!

Sehinggalah satu malam, aku nekad nak FOKUS shaklee & naik rank Supervisor. Setiap malam aku minta izin dengan suami. 'Abang, bulan ni ayang tak larat nak pergi kerja. Ayang hanya mampu berbisnes saja. Hanya baring dan guna jari pon bolehhh. Walau macam mana pon, bulan ni ayang nak Supervisor jugak. % income tinggi sikit. Ada lah sikit belanja nanti bila dapat bonus.

Perkara pertama yang terlintas di kepala otak aku HANYA lah untuk suami. Sebab aku tahu suami bukan lah bergaji besar. Dan aku juga masa tu adik adik masih belajar.

Dan. Bermulalah dari bulan tersebut suami aku tak putus putus doakan aku. Semoga rezeki bertambah baik. Allahuakbar! Terima kasih sayang. Dah la waktu tu abang lah tukang masak. Abanglah tukang dobi. Abang juga lah tukang urut. Memang I'm the KING lah!

Alhamdulillah pada February 2014 aku closing sebagai SUPERVISOR. Tak terkata betapa gembiranya hati. Dan morning sickness berlarutan sehingga April.

Pada bulan April 2014....
Saat aku diuji....................

Pada bulan April, aku bercadang untuk rolling modal dengan menggunakan duit gaji. Aku kerja sebagai Penolong jurutera Awam di Jabatan Kerja Raya. Satu satunya cara mudah untuk aku COD nanti.

Petang, 25 April 2014.
Dalam perjalanan ke branch Kuala Lumpur (di setapak pada waktu tu) aku mencari ATM berdekatan. Dengan hati melonjak, dalam fikiran hanya fikir modal. Hati yang diibarat macam musim berbunga bunga tiba tiba menjadi musim luruh! Baki akaun anda RM24.35

Hati mula gelisah. Kenapa tak dapat gaji. Kemana gaji aku. Hari ni 25hb kan? Hari ni gaji kan? Macam macam persoalan terlintas. Terus aku call bahagian admin minta pengesahan. Alangkah terkejut bila admin kata GAJI AKU DISEKAT KERANA BAGI MC TIPU. Ya Allah! Air mata toksah kata. Mencurah curah keluar. Macam waterfall!

Aku paksa suami pergi HQ tanya kan status gaji & MC. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Hampir sebulan suami aku ulang alik ke HQ. Tapi HQ menolak mentah cerita & penjelasan suami ku. Bila tatap suami memang sedih. Sanggup fight untuk hak isteri. Dan hati kecil ku terdetik. Adakah ini hikmah disebalik SUPERVISOR aku? Rezeki di sini di sekat tapi rezeki di sana melimpah.

 Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…    
 ( Al-Baqarah: 286)

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji diluar kemampuan hambaNya. ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  ALLAH memberikan  ujian itu ke atas diri kita.

Hari ini genap lah setahun gaji disekat. Aku bersyukur dipertemu dengan SHAKLEE. Andai lah aku tak ada side income, selama setahun apa nak makan. Macam macam aku pikir. Dengan nak bersalin lagi, banyak nak pakai duit. Bidan, urut, jamu, mandian dsb. Semuanya pakai duit. Belum lagi kira keperluan anak. Mulai dari itu lah aku sedar betapa pentingnya duit simpanan. Serius aku cakap, makan gaji memang tak sempat nak buat simpanan. Allah. 

Setahun aku berSHAKLEE. Dan setahun juga lah aku merasa bonus 4angka. Lebih dari gaji hakiki sebagai Penolong jurutera. Alhamdulillah. Bila renung wajah anak, aku teringat bagaimana aku boleh effective sebagai SUPERVISOR dalam labour room. Itulah pengalaman paling 'manis' dalam berSHAKLE

Jadi, anak cucu SHAKLEEku....

Bila anda mengalami dugaan, percayalah.. Akan ada sesuatu yang lebih baik dari itu di sebaliknya. Jangan sesekali menyerah kalah.



Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya (Neng)    
SMS / CALL / WHATSAPP : +6 0111 673 1847

No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)