Monday, March 23, 2015

Tips berjaya 1 | Push Factor



 
 
Alhamdulillah ke hadrat Illahi ramai yang whatsapp & PM untuk join Shaklee bawah didikan group Abrar Network. Dan ada juga yang bertanya 'Macam mana sis boleh maju sedangkan saya juga ikut tunjuk ajar leader saya'. Sebenarnya, apa yang kita buat tak kiralah dalam bisnes apa sekali pun, kalau FOKUS & PUSH FACTOR kita kuat In shaa Allah boleh maju. Walaupun kita hanya bisnes buat belacan!


PUSH FACTOR SAYA SANGAT KUAT!
-----------------------------------------------

Saya mula join Shaklee pada 17 Januari 2015. Pada bulan pertama saya join, bonus saya hanya RM38.88. Dan pada bulan Januari juga lah saya tinggal sebumbung dengan suami saya. Pada saat itulah saya mula berfikir. Kalau dok sorang macam selalu saya tak kisah sangat bab belanja / makan. Setakat roti / magi pon takpa. Bila dah bersuami tak kan nak suap magi pulak. Gaji suami tidak lah tinggi. Jika saya bergantung 100% pada suami, mampukah aku.

Pada February 2014,
setiap malam aku minta izin pada suami untuk rank up sebagai Supervisor. Pada tika itu, aku langsung tak paham marketing plan. Apa yang aku tahu jika dah jadi Supervisor akan dapat bonus 1K ke atas.

Bulan February adalah bulan struggle den. Demi Supervisor. Dan den BERJAYA closing sebagai Supervisor. Alhamdulillah. Berkat doa & solat hajat suami.

Dan kini Mac mengunjung tiba. Dan Mac jugalah saya tak dapat pergi kerja seperti biasa. Gara gara berbadan dua. Bila teringat keadaan yang lemah terasa nak menangis bila suami sentiasa ada di sisi. Dengan pelbagai cara dia cuba buat untuk redakan alahan den. Sehingga dah tak ada apa yang mampu keluarkan lagi dari tekak. Allah. Sepanjang bulan Mac, suami lah yang terpaksa jadi runner & jalankan bisnes. Lagi 8hari nak closing tapi uv masih tak cukup!

25 Mac,
saya minta suami keluarkan gaji dengan niat untuk buat rolling. Bila suami check, acc bank RM41! Pada waktu tu juga suami call admin menanyakan status gaji. Menurut admingaji den disekat sebab cuti terlalu panjang dan submit MC tipu! Allahuakbar. Dugaan apakah ini? Macam mana rumah? Kereta? Belanja? Bil semua? Dan start bulan itu juga, suami terpaksa bayar kereta selang seli bayar sewa rumah. JIka bulan ni bayar kereta, bulan depan bayar rumah pula. Sehinggalah satu hari, kereta ditarik. Dan owner  rumah halau kami.  Ya Allah, kemana harus kami tuju. Dengan perut 6bulan mengandungkan baby Adam Darwisy. Tidak pernah sekali pun den ceritakan pada keluarga kerana den tahu. Keluarga den juga dari keluarga yang susah. Dan suami minta izin untuk menumpang di rumah ibunya untuk beberapa bulan sementara dapat rumah baru.

September 2014,
suami call lagi admin menanyakan status gaji den. Katanya masih tak dapat proceed kerana perlukan tinjauan kehadiran. Allah. Bulan depan dah nak bersalin. Macam mana keperluan anak. Macam mana keperluan den dalam pantang? Allahurabbi.  Dah berpuluh kali suami naik turun HQ menegakkan hak den sehingga dicemuh oleh beberapa kakitangan. Ya Allah, sesungguhnya aku berasa amat bersyukur dianugerah suami yang sangat memahami. Beliau sentiasa ada di sisi ku tak kira sedih atau gembira.

Alhamdulillah. Bonus Shaklee makin bertambah & kehidupan den makin beransur pulih. Den dapat selesaikan masalah kereta, setel hutang , dan dapat buat bayaran deposit rumah teres 2 tingkat. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Oktober 2014,
Den dah masuk ward! Baby Adam Darwisy dah tak sabar nak tengok dunia Mama. Tapi, Mama belum closing lagi saying. Sambil usap perut sambil istighfar. Sabar ya saying, Mama nak closing. Tapi fokus den terganggu bila nurse dating check jalan. Tiba tiba nurse tu minta den call suami untuk siap siapkan barang baby. Dan den dikejar ke labour room. Ya Allah, macam mana keadaan den? Nak beranak dah ke? Waktu tu langsung tak fikir sakit. Apa yang den Nampak EFFECTIVE SUPERVISOR.

Dalam labour room, den minta suami pegangkan nset. Dan den hanya menaip dengan jari telunjuk. Bila dah lepas border Effective, den bersorak & minta suami TL upline den, Master Farihah bahawa den dah effective. Bila doctor check, doctor kata kepala anak den dah keluar. Terus beliau tarik langsir dan ‘Push puan! Push! Tarik nafas….Push!’

Bila dah kembali ke katil, den tak henti henti cium baby Adam Darwisy. Anak yang mendengar kata. Anak yang menolong Mama nya. Anak yang mendoakan Mamanya.

Disember 2014,
Den pasang niat untuk buat akikah baby Adam Darwish. Dan memerlukan duit untuk majlis tersebut. Allah. Engkau menolongku. Den rank up sebagai Senior Supervisor dengan bonus RM6K. Den hanya niat dengan RM1k tapi Allah bagi RM6k. Mata menitis lagi.

Mac 2015,
Genap setahun gaji den disekat tapi ianya bukan penghalang den untuk terus undur diri & down. Tanpa ujian Allah yang manis, mungkin den masih dibuai keselesaan. Terima kasih Allah. Engkau bukakan mata qalbu. In shaa Allah bulan ni den akan rank up sebagai Coordinator pula. Semoga Engkau permudahkan Ya Allah.

Terima kasih Abrar Network. Tanpa anak cucu Abrar mungkin aku juga terkapai. Selamat maju jaya untuk anak cucu Abrar. Dan kini den Berjaya produced 3 leader yang hebat dengan ahli seramai 89orang!




No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)