Friday, March 20, 2015

Indahnya Cameron Highland


 
 

 Alhamdulillah. Syukur Allah. Kali ni Aneng dapat bawa Suami & baby AdamDarwisy, Mama & Adik bercuti ke Cameron Highland dihujung minggu tanpa dirancang!







Tiba tiba terdetik di hati nak bawa baby Adam jejalan jauh sedikit dari Lembah Klang. Sehari sebelum trip, saya menyatakan pada suami. Nak bawa baby Adam & Mama jejalan. Saje amek angin luar. Kesian Mama dah hampir 6bulan tinggal bersama tapi terperap. Paling tidak pon bawa jejalan ke rumah kakak di Sunway Pyramid. Tiba tiba suami cadangkan ke Cameron Highland. Memandangkan Suami sendiri pon tidak pernah ke sana...ok, set!


Malam tu kami rancang perjalan. Jam 7pagi WAJIB bertolak dari rumah memandangkan pakatan keluarga nak balik hari. Suami pon sokong termasuk baby Adam!

Seperti dirancang, jam 7pg kami bertolak dari rumah. Malangnya, hampir 2 jam kami sesat. Ke arah mana sepatotnya kami tuju? HAHA. Suami tak puas hati dengan waze lalu dia call mak saudaranya yang expert. Kira kira dalam 11.30 jugaklah kami bertolak dari Rawang! Bukan dari rumah!

Dalam perjalanan, suami sayik tanya. 'Lambat lagi ke kita ni nak sampai?'. Baby Adam pula dah stat merengek a.k.a meragam. Panas campur lapar. Adik & Mama toksah cakap. Masing masing dah lopong mulut diulit mimpi. Perut pon dah kriuuukkkkk...kriukkkkk!

'Abang, kita makan dulu lah. Nak tunggu sampai tak tau tahun bila'. 

Setel makan, suami pon tanya pada owner kedai Nasi Ayam RM4. 'Kak, jauh lagi cameron? Kami dah separuh hari drive tak nampak pon ladang Strawberry'.

'Ni Cameron lah. Ladang Strawberry depan tu je'.

Masing masing tahan gelak. Suami saya memang seloroh. HEHE. 'Ada tak hotel hotel area sini yang ada TV1?'. Dah kena laki den ni tanya TV1. 'Awak nak tido sini ke? Mama tak bawa baju apa ni. Adam pon bawa pampers sikit je sebab kata nak balik hari'. 'Oh takpe nanti kita shopping lah'. Amboiii. Ranger nampak!

Kami pon ke Brichang sepertimana kakak tadi peta jalan ke Hotel Agro milik abangnya. Apa yang best, hotel tersebut baru ja buka. Dan yang paling best lagi, hotel tu betol betol mengadap ladang Strawberry! Dan kami hanya perlu jalan 2min sahaja dari pintu bilik ke ladang Strawberry.



Kata tuan tanah, kami lah orang pertama yang merasmikan apartment beliau. Jadi, parking pon dah special. Betol betol depan pintu masuk ladang Strawberry. Lagi lah hati melonjak lonjak nak petik. Tuan tanah juga izinkan kami petik Strawberry sesuka hati. Dengan syarat, dilarang petik & bawa keluar. Pendek kata, kalau nak petik makan kat situ terus. 

Apa lagi, setel punggah barang masuk bilik kami terus menapak di ladang Strawberry untuk makan petang. HEHE. baby Adam Darwisy pon dah macam Strawberry Aneng tengok!



Bila perut dah mula kenyang, baby Adam Darwisy pon dah mencuka *terlebih makan Strawberry, kami pon bergerak ke Ladang Tea Bharat. 



Memandangkan baby Adam Darwisy dah letih, kami balik ke bilik. Tapi..... sempat lagi singgah di pasar malam. Antara yang mencuit hati Aneng, of course lah Strawberry & tea berperisa. Tersangat murah!


Warna merahnya yang sangat menggoda! Aneng sempat borong 2 tong untuk dibawa pulang. Dan agih kepada ibu mertua, kakak & saudara terdekat. Bila suami tegur, cakaplah. Apa susah, ESP kan ado. HEHE.


Sampai je kat bilik terus buat ESP Strawberry blended! Oh, sangat nyaman! Baru lah kulit makin berseri, gebu & anjal.

Antara buah tangan yang sempat di grab sebelum bertolak balik :-





Dalam perjalanan balik, Mama tetiba tanya. Next vacation kemana?'. Betapa lega & happy hati bila Mama & suami gembira. Alhamdulillah. Hanya dengan ber-Shaklee Aneng dapat bawa family jejalan tanpa menggunakan duit simpanan / gaji. 100% ditanggung Shaklee. In shaa Allah tahun ni Aneng juga akan pastikan anak anak shaklee Aneng dapat merasa apa yang Aneng rasa. Ameen~





No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)